fbpx

Data klinikal vaksin kanak-kanak diterima bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia dalam proses rundingan bagi mendapatkan data klinikal bagi tujuan vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah daripada sebuah syarikat pengeluar vaksin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya menjangkakan data klinikal itu akan diperoleh mulai bulan depan sebelum dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk diluluskan.

“Saya sudah mengadakan pertemuan dengan sebuah syarikat pengeluar vaksin yang baru-baru ini mengeluarkan data ujian klinikal awal vaksinasi kepada kelompok kanak-kanak usia berkenaan.

“Saya difahamkan, syarikat itu sedang membuat persediaan untuk menghantar data kepada semua badan regulatori dunia termasuk di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Malaysia sendiri,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, beliau juga percaya ada syarikat lain yang akan berkongsi data klinikal vaksin kanak-kanak memandangkan mereka sudah menjalankan kajian klinikal sama terhadap golongan itu.

Katanya, beliau tidak dapat mendedahkan lagi syarikat pengeluar vaksin yang sedang dirunding kerajaan itu sehinggalah majlis perjanjian ditandatangani kelak.

Khairy berkata, pemberian vaksin kepada kanak-kanak bawah 12 tahun adalah selari dengan hasrat kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mahu memberi perlindungan kepada seluruh rakyat. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI