fbpx

Benzema, Asensio sumbang lima gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA (kanan) dan Asensio menyumbang lima gol ketika Real membelasah Mallorca 6-1 pada aksi La Liga awal pagi semalam. – AFP

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti memberi pujian kepada Marco Asensio selepas meledak hatrik ketika pasukan tersebut berpesta gol membenam Real Mallorca 6-1 awal pagi semalam.

Kemenangan tersebut sekali gus membantu Real melonjak ke tangga teratas La Liga ketika ini.

Pada saingan itu, penyerang sensasi Real, Karim Benzema membuka jaringan seawal minit ketiga di Santiago Bernabeu sebelum dua gol disempurnakan Asensio pada minit ke-24 dan m-29.

Asensio melengkapkan hatrik pada separuh masa kedua hasil rembatan kencang pada minit ke-55 sekali gus menjadi pemain Sepanyol keenam yang berjaya meledak tiga gol buat Madrid dalam saingan La Liga.

Bagaimanapun, Real dilihat tidak berhenti melakukan asakan selepas Benzema meledak gol kedua peribadinya dan Isco berjaya menyumbat gol keenam Real di penghujung perlawanan.

Gol kedua Benzema adalah jaringan ke-200 di La Liga, membolehkannya berada dalam senarai 10 pemain yang meraih pencapaian berkenaan.

“Saya menggunakan pengalaman yang ada dalam pasukan ini dan mahu memberikan yang terbaik. Saya bernasib baik bersama pasukan ini yang mempunyai barisan pemain yang terbaik.

“Tidak dinafikan, Asensio tampil dengan cemerlang dan dia tahu menggunakan peluang yang ada. Hasilnya tiga gol yang dicapainya pada hari ini adalah yang terbaik.

Saya harap dia mampu mengulangi permainan seperti ini,” kata Ancelotti.

Kemenangan itu membolehkan Real berkelebihan dua mata dengan mengatasi Atletico Madrid untuk berada di puncak liga, manakala Sevilla di kedudukan ketiga dengan 11 mata selepas menewaskan Valencia 3-1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI