fbpx

Alyah sebak terjumpa ‘kembar’ arwah abang sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYAH bersama seorang lelaki yang mirip seperti wajah arwah abangnya (kanan).

PETALING JAYA – Penyanyi Datin Alyah terharu sehingga menitiskan air mata apabila terjumpa seorang lelaki yang didakwanya mirip seperti arwah abang sulungnya yang meninggal dunia pada April lalu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik penyanyi itu dalam Instagram miliknya, isteri kepada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS itu berkongsi fotonya bersama seorang lelaki yang ditemui ketika berada di Melaka atas urusan kerja, kelmarin.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Aku rindu abang aku. Kau maha baik Ya Allah. Kau jumpakan aku dengan seorang yang lebih kurang sama wajahnya dengan arwah abang long,” tulis Alyah.

Kata pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa itu lagi, kejadian tersebut berlaku ketika dia menghadiri mesyuarat di Melaka dan menginap di Hotel LaCrista, tempat lelaki yang didakwa mirip arwah abangnya itu bekerja.

“Kejadian semalam (kelmarin) semasa menghadiri mesyuarat di Melaka. Salah seorang pekerja di Hotel LaCrista, Melaka mirip sangat dengan wajah abang saya.

“Encik Saiful Bahri, terima kasih ya. Terubat rindu saya pada arwah abang saya. Masa bergambar, air mata tidak tertahan dan berjurai-jurai,” kongsinya.

Terdahulu, Alyah, 41, telah kehilangan abang sulungnya, Mohammad Fadzil Abu Hassan yang meninggal dunia pada hari Nuzul al-Quran, 17 Ramadan lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI