PETALING JAYA – Sebanyak 81.8 peratus atau 19,156,694 individu dewasa di negara ini sudah lengkap mengambil dua dos suntikan vaksin.
Melalui data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, sebanyak 93.5 peratus atau 21,879,079 pula sudah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam sebanyak 41,573,883 dos.
Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan sebanyak 326,612 dos dengan 132,562 individu menerima dos pertama, manakala 194,050 pula lengkap dos kedua. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929