fbpx

73 peratus pelajar IPT sudah divaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Masrizal (dua dari kiri) memberikan ucapan kepada warga kerja serta ahli perwakilan pelajar UiTM di UiTM Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Kira-kira 73 peratus pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara telah menerima vaksinasi sehingga Isnin lalu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad berkata, situasi ini amat positif memandangkan kumpulan tersebut akan kembali semula pusat pengajian masing-masing secara berperingkat bermula 15 Oktober ini.

“Manakala 91 peratus staf universiti di seluruh negara pula sudah divaksinasi. Bagi saya, peratusan dua kumpulan ini amat tinggi dan membanggakan.

“Saya harap jumlah ini terus meningkat dengan berbaki beberapa hari sebelum pelajar dibenarkan semula memulakan kuliah di dalam kelas,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Minggu lalu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad memaklumkan lebih 1.2 juta pelajar universiti dijangka pulang ke kampus masing-masing bagi memulakan kuliah secara bersemuka dengan mereka yang telah lengkap vaksinasi dibenarkan kembali ke kampus.

Mengulas lanjut, Ahmad Masrizal berkata, hasil pertemuan Noraini dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini juga menyatakan bahawa pelajar boleh mendapatkan vaksin di mana-mana klinik kesihatan awam dan swasta yang memberikan vaksin dengan syarat mesti membawa surat tawaran memasuki IPT atau kad pelajar mereka.

“Justeru itu, saya menyeru kepada semua pelajar dan staf IPT yang belum divaksinasi untuk segera berbuat demikian dan syarat harap semua IPT telah melakukan perancangan dan persiapan menjelang 15 Oktober ini,” jelasnya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI