fbpx

4 beradik yatim piatu selepas ibu meninggal akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosleli (kiri) ketika menziarahi empat beradik berkenaan di Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.

KOTA TINGGI – Empat beradik menjadi yatim piatu selepas ibu kandung mereka dijemput Ilahi selepas meninggal dunia akibat Covid-19 awal bulan lalu.

Nur Atirah Zafirah Hail Halim, 13; Nor Aimi Zakiah, 11, Nor Asyikin Zulaikha, 10, dan Nor Aisyah Zafirah, 4 kini menumpang kasih bapa saudara mereka Mohd. Nazir Nordin, 46, di rumah pusaka datuk dan nenek mereka di yang tinggal di Felda Air Tawar 2 di sini.

Mohd. Nazir yang dikenali sebagai Pak Tam oleh anak saudaranya itu berkata, adiknya, Zalipah Nordin, 40, meninggal dunia pada 7 September lalu selepas ditidurkan selepas bacaan oksigen menurun ketika ditahan di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Saya memang sangat rapat dengan anak-anak Allahyarhamah. Bahkan sejak suaminya meninggal tiga tahun lalu akibat sakit saya memang kerap ulang alik ke rumah adik di Skudai untuk menziarahi dia dan anak-anak.

“Saya pernah ajak adik tinggal bersama di rumah orang tua kami ini tambahan pula suaminya telah meninggal namun arwah menolak katanya mahu berdikari membesarkan anak-anaknya sendiri.

“Arwah adik hanya mengambil upah menjahit menyara anak-anak. Sebelum arwah meninggal arwah pernah cakap kepada saya jika berlaku apa-apa kepadanya dia minta agar menjaga anak-anaknya,”katanya ketika menerima ziarah dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Rosleli Jahari di sini hari ini.

Orang ramai yang mahu menyumbang meringan beban adik beradik tersebut boleh salurkan ke akaun CIMB 7043195345 milik bapa saudara Darwis Nordin.-K! ONLINE-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI