fbpx

22 lelaki mengaku tidak salah sertai ‘Geng Sakai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang membawa tertuduh 'Geng Sakai' ketika pertama kali dibawa tiba Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Julai lalu. - Gambar fail

KUALA LUMPUR – Seramai 22 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat atas pertuduhan menyertai kumpulan terancang Geng Sakai’ enam tahun lalu.

Rosli Sahak yang dikenali sebagai Sakai yang dipercayai ketua kumpulan bersama 21 yang lain, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca dalam bahasa Melayu dan Tamil, di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Mereka 21 yang merupakan lain itu ialah A. Ravindran, A. Uthayakumar, S. Sathiaseelan, T. Kumar, A. Kumaresan, N. Tanasilan, Thirumal Raj, M. Darshan, A. Dineswaran, S. Mohanraj, R. Nantha Kumar, S Gobinath, M. Ravishankar, M. Thinesh, N. Tannish, S. Sagadevan, Mohamad Faisal Mohamad Sharif, Sukhdave Singh Jesvir Singh, R. Logeswaran, R Tannesh dan A. Jayaprakash.

Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh yang berusia antara 18 hingga 47 tahun, didakwa melakukan perbuatan itu di Flat Sri Selangor, di sini antara Januari 2015 dan Jun lalu yang didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun,  jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding hari untuk direkodkan pengakuan kesemua tertuduh itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maryam Jamielah Manaff, Nur Ainaa Ridzwan dan Rajdeep Singh Bhupinder Singh.

Manakala 17 tertuduh diwakili peguam Datuk Sheelan Arjunan, Datuk T. Harpal Singh, Datuk Geethan Ram Vincent, Revin Kumar, Mahajoth Singh, Wan Zaleha Abdul Wahab, Naizatul Zambrina Karizaman, Jay Moy Wei Jiun, Jayarubbiny, P Taneswaran dan K Komagan manakala lima lagi tertuduh tidak diwakili mana-mana pihak.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Oktober ini untuk serahan dokumen.K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI