PETALING JAYA – Syarikat hartanah, Vanke Malaysia menyumbang RM10,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan, Mercy Malaysia sempena kempen Senyum Malaysia yang dilaksanakan untuk sambutan bulan kemerdekaan.
Bagi setiap foto dengan simbol tangan Senyum Malaysia yang dimuat naik di media sosial, Vanke Malaysia akan menyumbang RM10.
Sepanjang kempen tersebut, sebanyak 1,000 foto telah berjaya dikumpul.
Pengarah Urusan Vanke Malaysia, Lang Cong berkata, sumbangan tersebut adalah untuk membantu meningkatkan sistem kesihatan negara dengan menyumbang bekalan dan kemudahan perubatan kepada kumpulan terpinggir.
“Kami amat berterima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam kempen ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Penyerahan cek sumbangan disampaikan Lang Cong kepada Naib Presiden II Mercy Malaysia, Raja Riza Shazmin Raja Badrul Shah di Dewan Experiential Vanke di Kuala Lumpur baru-baru ini.