fbpx

TPEKA inovasi tuisyen online pintar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri: Md. Amin, Mohd. Faizal dan Ashardi.

PETALING JAYA – Persatuan Kakitangan Akademik (Peka) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah membantu 65 calon Sijil Pelajaran Malaysia 2021 menerusi program Smart Home Schooling menerusi inovasi sistem pembelajaran secara online dikenali sebagai TPEKA.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, langkah itu secara tidak langsung membantu meningkatkan prestasi dan kecemerlangan anak-anak kakitangan UPSI yang bakal menduduki peperiksaan tersebut.

“UPSI sebagai peneraju universiti pendidikan pertama negara turut memberi penekanan merealisasikan agenda Universiti untuk Masyarakat dalam memacu kesejahteraan komuniti.

“Program Smart Home Schooling mampu memberi impak dalam memudahkan proses pembelajaran dalam talian dan mewujudkan arkib amalan terbaik latihan mengajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Presiden Peka, Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah berkata, calon SPM 2021 berkenaan terdiri daripada anak-anak kakitangan UPSI yang turut terkesan dengan krisis pandemik Covid-19.

“Mereka juga berdepan beberapa masalah antaranya penutupan sekolah dengan kaedah pengajaran secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang membataskan peluang pergi ke sekolah untuk sesi pembelajaran bersemuka.

“Pelaksanaan tuisyen online menerusi inovasi dipanggil TPEKA adalah hasil gabungan penyelidikan ahli jawatankuasa Peka, pensyarah selain pelajar UPSI sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata, program berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat itu bermula pada 18 September lalu dan berakhir 21 Februari tahun hadapan melibatkan lima subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains.

Sementara itu, Naib Presiden Peka, Dr. Ashardi Abas berkata, sistem TPEKA terdiri daripada Student Management System (SMS), Tutor Management System (TMS) dan Homework Monitoring System (HMS).

“TPEKA berfungsi sebagai sistem untuk menguruskan tuisyen secara dalam talian sepenuhnya dan bahan latihan pembelajaran diberi secara digital bagi menggantikan kaedah manual yang dijalankan sebelum pandemik Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI