PETALING JAYA – Keputusan sama ada taman tema keluarga akan dibuka dalam masa terdekat bakal diumumkan tidak lama lagi.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pengumuman itu akan disampaikan pada masa yang sesuai memandangkan banyak sektor ekonomi telah dibenarkan beroperasi termasuk gelembung pelancongan yang dijangka akan diperluaskan pada bulan depan.
“Pembukaan ini melihat melalui data yang telah dikongsikan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kepada MOTAC, pengumuman itu tidak lama lagi.
“Persoalan destinasi mana bakal dibuka tidak perlu timbul lagi, taman tema nanti dalam masa terdekat akan diumumkan,” katanya pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Maszlee Malik (Simpang Renggam-Bebas) yang ingin tahu tentang kebenaran untuk taman tema keluarga kembali beroperasi atau tidak. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929