fbpx

Suspek kebas pokok hiasan RM50,000 ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Rus Majida bersama pokoknya yang dilaporkan hilang pada Isnin minggu lepas.

PETALING JAYA – Individu yang disyaki bertanggungjawab atas kehilangan tiga pokok hiasan bernilai RM50,000 di Kuala Terengganu pada Isnin minggu lalu telah diberkas pihak berkuasa.

Pemiliknya, Rus Majida Hassan, 34, mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menularkan insiden kecurian itu sehingga membawa kepada penahanan suspek baru-baru ini.

“Maaf saya tidak dapat beri butiran terperinci sehingga siasatan kes selesai dan pencuri dihadapkan ke muka pengadilan.

“Terima kasih kepada semua yang bantu kongsi dan tularkan kes ini. Tidak dapat saya balas budi baik anda semua,” katanya menerusi laman Facebook hari ini.

Rata-rata pengguna media sosial itu turut melahirkan rasa teruja mendengar perkembangan terbaharu kes tersebut dan berharap pokok tersebut dipulangkan kepada tuannya dengan kadar segera.

“Pokok-pokok dalam keadaan baik ke?,” soal Chah D’sweetest.

“Belum tahu cerita lagi. Harap boleh diselamatkan (pokok) kalau dapat balik. Sedang tunggu maklumat daripada polis,” balas Rus Majida.

“Syukur Alhamdulillah. Moga kes puan dapat pembelaan sewajarnya. Harap pokok-pokok selamat,” ujar Sarah Jan Mohammed.

Minggu lalu, Kosmo! melaporkan, pokok jenis Monstera Albo Marble, Monstera Aurea Marble dan Monstera Albo Halfmoon berkenaan tidak dijual di nurseri biasa kerana ia mempunyai corak khas selain saiz tumbuhan tersebut yang agak luar biasa. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI