Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR
PUTRAJAYA – Pekerja warga asing melibatkan semua sektor di Lembah Klang yang belum menerima vaksin Covid-19 boleh mendapatkannya secara janji temu atau ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (PPV CIDB) bermula Isnin depan.
Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam satu kenyataan berkata, mereka yang ingin mendapatkan suntikan itu boleh melakukannya bermula Isnin iaitu 27 September ini sehingga 6 Oktober depan bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.
“Semua warga asing digalakkan untuk mendaftarkan online di laman sesawang https://vaccine.cidblink.com/ untuk mendapatkan janji temu dan mempercepatkan proses pendaftaran apabila hadir di PPV CIDB nanti. Pendaftaran boleh dilakukan secara individu atau melalui majikan.
“Setelah mendaftar dan melakukan pembayaran RM90 secara online bagi dua dos suntikan, mereka akan diberikan janji temu melalui emel atau sistem pesanan ringkas (SMS),” kata kenyataan itu hari ini.
Bagaimanapun, katanya, bagi peserta yang mahu ke PPV CIDB secara ‘walk-in’, pembayaran boleh dibuat di lokasi tetapi tertakluk kepada kekosongan pada hari berkenaan. – K! ONLINE
Menurutnya, majikan yang menghantar lebih daripada 10 orang pekerja dalam satu hari perlu menghantar wakil syarikat untuk menguruskan pekerja mereka di PPV CIDB.
“Kapasiti harian PPV adalah sebanyak 2,000 orang sehari manakala walk-in juga adalah berdasarkan kaedah siapa dahulu bergantung kepada kapasiti bekalan vaksin harian di PPV CIDB.
“Pemberian vaksinasi adalah tertakluk kepada terma dan syarat Kementerian Kesihatan (KKM) dan prosedur operasi standard (SOP) PPV CIDB,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929