fbpx

Sindiket bitcoin RM1.28 juta tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunadi (dua kiri) menunjukkan mesin bitcoin yang dirampas dalam 30 serbuan di lapan daerah di Selangor. /FOTO ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Satu sindiket pelombongan bitcoin yang telah beroperasi sejak setahun lalu tumpas dengan merampas 2,137 unit mesin tersebut dianggarkan bernilai RM1.28 juta, kelmarin.

Rampasan itu hasil 30 serbuan dilakukan di lapan daerah di Selangor oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang turut menahan sembilan suspek berusia 18 hingga 27 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kejayaan itu hasil risikan polis sejak Jun lalu dengan kesemua suspek tersebut berperanan sebagai juruteknik mesin bagi premis-premis bitcoin dibawah kawalan mereka.

Katanya, berdasarkan hasil siasatan mendapati sindiket ini telah beroperasi sejak September tahun lalu dengan menyebabkan kerugian RM24.36juta kepada TNB.

“Satu unit mesin bitcoin adalah bernilai RM600 dan berdasarkan kiraan kasar dianggarkan sebuah mesin bitcoin mendatangkan kerugian sebanyak RM1,167 sebulan manakala sebuah premis sebanyak RM70,000 sebulan kepada TNB.

“Turut dirampas dalam serbuan berkenaan adalah 10 unit komputer riba dan lima set komputer dan enam unit grafik kat mining ethereum dengan satu unit grafik itu mencecah RM20,000,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir adalah Ketua Jurutera SEAL TNB, Megat Nasaruddin Megat Mazelan.

Beliau memberitahu, secara keseluruhan nilai mesin yang dirampas dan nilai penggunaan elektrik yang telah dicuri mencecah RM25.64juta dan merupakan kejayaan terbesar serbuan pada tahun ini. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI