fbpx

Sesi bersemuka hanya di negeri fasa 4 – Radzi Jidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin memaklumkan hanya sekolah di negeri-negeri fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan kembali dibuka menerusi dua proses persekolahan.

Katanya, bagi negeri-negeri yang belum beralih ke fasa 4 perlaksanaan pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) masih lagi dijalankan.

“Kita bahagikan kepada dua kumpulan dan dalam konteks ini, PdPR akan masih boleh dilaksanakannya selagi sesi persekolahan bersemuka oleh mereka tidak dimulakan,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT), di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, ketika menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (Bayan Baru- PH) yang ingin tahu bagaimana melaksanakan pembukaan sekolah secara penggiliran 50 peratus pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bersemuka dan 50 petatus Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Radzi berkata, sistem penggiliran akan dilakukan terhadap murid-murid di fasa 4 PPN yang mana proses pertama penggiliran dimulakan dengan pelajar yanh mengambil peperiksaan pada 3 dan 4 Oktober depan.

Ini disusuli dengan kadar separuh pelajar yang diwajidkan hadir ke sekolah secara bersemuka pada 17 Oktober ini.

“Pada akhir bulan Oktober barulah separuh lagi murid sekolah menengah dan murid sekolah rendah masuk.

“Selain negeri fasa 4 PPN, negeri-negeri di bawah fasa 3 dan ke bawah masih menjalankan sesi pembelajaran secara PdPR,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI