fbpx

Seludup ayam sejuk beku guna maklumat palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan ayam sejuk beku yang dirampas Maqis di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, semalam.

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) menggagalkan cubaan membawa masuk 25 tan keratan ayam sejuk beku dari Thailand ke negara ini dengan mengemukakan dokumen mengelirukan di sini semalam.

Rampasan dilakukan selepas pegawai penguat kuasa Maqis melakukan pemeriksaan rutin ke atas sebuah kontena di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 1.11 petang.

Maqis Kedah dalam satu kenyataan di sini hari berkata, keratan ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM18,2764 itu ditahan untuk tindakan lanjut kerana telah mengemukakan maklumat tidak tepat dan dokumen mengelirukan.

Katanya, berlaku kekeliruan tentang tarikh sembelihan apabila maklumat tersebut yang dinyatakan pada sijil dan produk tidak sama.

“Kegagalan untuk mengemukakan maklumat yang tepat atau mengelirukan adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali di bawah akta sama,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI