fbpx

Waktu tepat vaksin kanak-kanak, remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada remaja atau pelajar yang datang ke PPV Dewan Millenium, Kepala Batas bagi mendapatkan suntikan vaksin dos pertama, hari ini. - Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan melaksanakan program suntikan vaksin Covid-19 terhadap kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini adalah tepat pada masanya.

Ini kerana, data terkini menunjukkan berlakunya trend peningkatan kes membabitkan golongan itu sejak beberapa bulan lalu dan ia amat membimbangkan.

Perkara itu diakui sekumpulan pakar perubatan pada sesi libat urus bersama media anjuran Kementerian Kesihatan (KKM) bertajuk Keberkesanan Vaksin dan Vaksinasi Remaja hari ini.

Sesi itu dikendalikan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Hishamshah Mohd. Ibrahim bersama tujuh ahli panel.

Pakar Pediatrik Penyakit Berjangkit Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr. Nik Khairulddin Nik Yusoff berkata, data menunjukkan seramai 310,000 kanak-kanak dan remaja dijangkiti Covid-19 setakat September tahun ini dengan 41 kematian direkodkan akibat jangkitan virus tersebut.

Menurutnya, ia peningkatan ketara berbanding hanya 12,620 kes jangkitan dan enam kematian direkodkan pada tahun lalu.

“Bahkan, kes jangkitan membabitkan golongan itu juga naik mendadak sejak Julai lalu disebabkan penularan varian Delta,” katanya.

Sementara itu, Hishamshah berkata, beliau tidak menafikan tumpuan utama kerajaan adalah untuk memberi suntikan vaksin kepada populasi dewasa, namun golongan kanak-kanak dan remaja juga tidak harus dipinggirkan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI