TANGKAK – Hasrat 67 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang bayi memasuki negara ini secara haram menggunakan jalan laut tidak kesampaian apabila mereka ditahan di di Jeti Parit Karang, di sini petang semalam.
Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 6 Bakri, Superintendan Rozasin Ramlan berkata, mereka ditahan kira-kira pukul 6.30 petang oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) Muar.
“Hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka baru mendarat dari negara jiran dan masuk ke negara ini menggunakan bot tongkang melalui jalan laut yang tidak diwartakan.
“PATI yang ditahan ini terdiri daripada 44 lelaki dan 22 perempuan dewasa serta seorang bayi perempuan. Kesemuanya berumur antara setahun hingga 53 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mereka diuruskan oleh tekong darat dari Tanjung Balai, Indonesia dengan anggaran bayaran RM1,000 hingga RM2,800 setiap seorang.
Dalam pada itu, seorang lelaki dewasa tempatan dipercayai berperanan sebagai tekong darat turut ditahan bersama dengan sebuah kenderaan yang disyaki dijadikan pengangkutan kepada PATI terbabit.
“Selain itu, seorang lelaki dewasa warga asing yang berada dalam kenderaan tersebut dipercayai sebagai penumpang juga ditahan,” ujarnya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929