fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka membabitkan beberapa kawasan di sembilan negeri pada petang, hari ini.

“Ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku di satu atau dua lokasi di Terengganu, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Ribut petir dan hujan lebat turut dijangka melanda satu atau dua tempat di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut MetMalaysia, situasi serupa turut dijangka melibatkan beberapa tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.

Dalam pada itu, hujan diramal melanda beberapa kawasan pedalaman negeri Perak dan Kedah selain cuaca mendung dijangka menyelubungi negeri Perlis pada petang hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI