fbpx

Rentas negeri tidak cetus gelombang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Gelombang peningkatan kes positif Covid-19 tidak akan berlaku sekiranya kebenaran pergerakan rentas negeri dibenarkan selepas liputan imunisasi mencapai tahap 90 peratus.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, gelombang peningkatan kes berkemungkinan akan berlaku disebabkan berpunca daripada perkumpulan atau perhimpunan.

“Saya dengan ini ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang sebarang risiko lonjakan kes positif di negara ini.

“Jika dikira 90 peratus liputan imunisasi dalam kalangan dewasa berkemungkinan mewakili sekitar 60 peratus sahaja jika dibandingkan dengan keseluruhan penduduk di Malaysia,” katanya pada sesi perbahasan usul menjunjung kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI