PARIT – Semua pusat pemberian vaksin (PPV) di Perak tidak lagi akan menerima remaja sekolah yang datang secara terus (walk in) untuk divaksin bagi mengelakkan kesesakan.
Sebaliknya pemberian vaksin kepada golongan berkenaan akan dilaksanakan melalui janji temu yang ditetapkan menerusi aplikasi MySejahtera atau portal Vaksin Anakku.
Pengerusi Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, pelajar yang telah mendaftar akan diberi lokasi dan tarikh temujanji menerusi aplikasi tersebut.
“Kita ada menerima maklumat daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bermula hari ini program Vaksin Anakku ini untuk datang terus ditutup.
“Jadi, semua yang hadir ke sekolah atau PPV yang ditetapkan untuk menerima suntikan adalah mereka yang telah mengisi MySejahtera atau portal Vaksin Anakku,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929