fbpx

Perlis kembali tiga digit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Perlis kembali merekodkan jangkitan harian tiga digit dengan 113 kes hari ini selepas kali terakhir mencatatkan angka tersebut pada 15 September lalu.

Sepanjang bulan ini termasuk hari ini, tiga kali negeri tersebut mencatatkan tiga angka dengan masing-masing sebanyak 108 kes pada 15 September dan 9 September lalu.

Dalam masa sama, kes harian negara mencatatkan penurunan di bawah angka 14,000 dengan 13,754 kes termasuk empat kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,156,678 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, enam negeri mencatatkan kes empat digit iaitu Selangor (1,985 kes), Johor (1,913 kes), Sarawak (1,766 kes), Sabah (1,629 kes), Kelantan (1,264 kes) dan Pulau Pinang (1,052 kes).

“Selebihnya, Pahang (869 kes), Perak (844 kes), Kedah (783 kes), Terengganu (664 kes), Kuala Lumpur (383 kes), Melaka (292 kes), Negeri Sembilan (175 kes), Putrajaya (14 kes) dan Labuan (lapan kes).

“Sebanyak 1,107 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 613 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala, sebanyak 16,628 kes sembuh daripada Covid-19 direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 15 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada lapan kluster komuniti dan tujuh kluster tempat kerja dilaporkan di Kelantan, Pahang, Perak, Johor, Selangor dan Sabah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI