fbpx

Nyaris maut kereta dihempap pokok besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita terselamat selepas kereta dinaikinya dihempap pokok besar di kilometer 3.6 Jalan Pantai, di sini malam tadi.

PORT DICKSON – Nyawa seorang wanita bagai di hujung tanduk apabila kereta dinaikinya dihempap sebatang pokok besar yang tumbang dalam kejadian di kilometer 3.6 Jalan Pantai berhadapan Hotel Corus Paradise, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa seorang pegawai farmasi Hospital Port Dickson berusia 30 tahun bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati dalam kejadian pada pukul 10.17 malam tadi, mangsa dipercayai baru pulang dari tempat kerja di Hospital Port Dickson menghala ke Pekan Port Dickson.

“Namun, sampai di lokasi kejadian sebatang pokok besar telah tumbang dan menghempap kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, ketika kejadian keadaan hujan lebat dan tiupan angin yang sangat kuat.

“Kepada pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati semasa memandu memandangkan peralihan monsun sedang berlaku yang menyebabkan hujan lebat dan angin kencang.

“Pengguna jalan raya juga diingatkan supaya peka dan prihatin dengan laporan rasmi Jabatan Meterologi tentang angin kuat dan hujan lebat atau hebahan maklumat melalui medium sosial berkaitan dengan keadaan cuaca terutama di daerah Port Dickson,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI