fbpx

Menangis di kubur ibu lepas rasa rindu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video wanita itu kelihatan menangis teresak-esak sambil menzahirkan kerinduan di kubur ibunya.

PETALING JAYA – Perbuatan seorang wanita yang melepaskan kerinduan kepada arwah ibunya di pusara insan tersayangnya itu mengundang rasa sebak orang ramai.

Menerusi perkongsian video oleh @onlyoneonly di laman aplikasi TikTok semalam, seorang wanita kelihatan menangis teresak-esak sambil meluahkan rasa rindu di kubur arwah ibunya.

Berdasarkan video berdurasi 50 saat oleh @onlyoneonly, wanita tersebut turut dilihat berdoa untuk arwah ibunya yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Wanita itu turut mengakui sangat terkilan kerana tidak berkesempatan melihat dan mencium ibunya buat kali terakhir kerana ketika itu, dia bersama keluarga sedang menjalani kuarantin.

Susulan daripada perkongsian tersebut, orang ramai berasa sangat sedih akan nasib yang menimpa wanita tersebut.

“Ya Allah, semoga wanita ini dapat jalani kehidupan dengan penuh tabah dan sabar setelah kehilangan permata dalam hidupnya,” jelas @AshmawiSaad.

“Saya pernah mengalami keadaan yang macam ini, pak cik saya meninggal disebabkan Covid dan terasa sangat-sangat terkilan sebab tak dapat tengok muka arwah,” ujar @SyedBasri.

“Semoga Ibu awak tenang di sana, rasa sedih pula bila teringakan ibu dan ayah dekat kampung, lama rasanya dah tak jenguk mereka,” kata @UmarKhalid.

Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat kritikan daripada segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan wanita tersebut yang seakan meratapi pemergian arwah.

Namun, wanita ini tampil menjelaskan bahawa dia masih tahu adab di kubur dan hanya Allah SWT yang mengetahui segalanya. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI