fbpx

Mahasiswa desak IPT kaji polisi paksa ambil vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alif Mustaqim menyerahkan memorandum tersebut kepada Mohd. Suzeran di KPT, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Sekumpulan mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengkaji semula polisi mewajibkan vaksinasi Covid-19 kepada mahasiswa dan staf bagi tujuan kemasukan secara fizikal ke kampus.

Pengerusi Malaysia Student Movement (MSM), Alif Mustaqim Shukri berkata, polisi yang ditetapkan KPT tidak mempunyai asas saintifik dan tidak berpelembagaan serta beretika.

Menurutnya, dari segi undang-undang, tiada undang-undang bertulis yang menyuruh mahupun mewajibkan vaksin ini kepada sesiapa pun.

“Penekanan bahawa pilihan untuk divaksin merupakan pilihan peribadi dan faktor yang menyebabkan seseorang menjadi penyebar virus Covid-19 adalah beban virus dan bukannya status vaksinasi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Memorandum Bantahan Paksaan Vaksinasi yang diterima oleh Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Prof. Madya Dr. Mohd. Suzeren MD Jamil di hadapan pintu masuk KPT hari ini.

Turut hadir kira-kira 15 wakil MSM yang mewakili 550 pelajar IPT awam dan swasta termasuk pensyarah, guru dan kakitangan yang berkhidmat dengan KPT dan Kementerian Pendidikan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI