PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan menjadikan klinik kesihatan sebagai pusat kuarantin bagi pesakit Covid-19.
Keputusan tersebut telah disuarakan oleh menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di persidangan Dewan Rakyat hari ini dan menyifatkan klinik Kesihatan tidak sesuai dijadikan pusat kuarantin sementara untuk mereka yang bergejala Covid-19.
“Skop klinik kesihatan adalah untuk memberikan rawatan pesakit luar kepada golongan ibu hamil, kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas yang memerlukan rawatan kesihatan susulan atau berterusan.
“Sekiranya Klinik Kesihatan dijadikan pusat kuarantin, dikhuatiri ia akan mendatangkan risiko penularan kepada individu-individu lain yang hadir untuk mendapatkan rawatan lain,” katanya pada sesi perbahasan usul menjunjung kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929