fbpx

Kes baharu hari ini bawah 14,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes harian negara mencatatkan penurunan di bawah angka 14,000 dengan 13,754 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,156,678 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 1,985 kes, diikuti oleh Johor sebanyak 1,913 kes dan Sarawak sebanyak 1,766 kes.

“Sabah (1,629 kes), Kelantan (1,264 kes), Pulau Pinang (1,052 kes), Pahang (869 kes), Perak (844 kes), Kedah (783 kes), Terengganu (664 kes), Kuala Lumpur (383 kes), Melaka (292 kes) dan Negeri Sembilan (175 kes).

“Perlis pula (113 kes), Putrajaya (14 kes) dan Labuan (lapan kes),” menurut hantaran Facebook beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI