fbpx

Herba Cina tiada permit import dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Pulau Pinang merampas sejumlah herba dari China di NBCT, Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menahan 108 kilogram (kg) herba Cina semasa pemeriksaan di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth (NBCT), Butterworth di sini semalam.

Maqis negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, hasil pemeriksaan rutin di tapak pemeriksaan kastam kira-kira pukul 3.15 petang itu, pihaknya mendapati herba Cina jenis Yushania Qiaojiaensis itu tidak mempunyai Permit Import.

Menurut kenyataan itu, 108 kotak herba Cina yang disita berkenaan dianggarkan bernilai RM2,484.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI