fbpx

Hanya guna Pfizer untuk remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hanya vaksin jenis Pfizer-BioNTech yang akan digunakan kepada lebih dua juta remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba menjelaskan, keputusan tersebut dibuat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dengan mengambil kira kualiti, keselamatan dan keberkesan vaksin jenis itu kepada kanak-kanak.

“Kerajaan memberi jaminan akan memberikan suntikan vaksin jenis Pfizer kepada pelajar sekolah, kerajaan sudah jalankan program pemberian vaksin kepada pelajar sekolah baru-baru ini dan akan diperluaskan ke seluruh negara dalam masa terdekat.

“Pfizer dipilih dalam pemberian vaksin untuk remaja sekolah kerana data klinikal mengenai keberkesanan dan selamat digunakan ke atas kanak-kanak menunjukkan kebaikan lebih daripada kemudaratan,” katanya ketika sesi penggulungan ucapan menjunjung kasih Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan RSN Rayer (Jelutong-PH)yang meminta kerajaan memberikan jaminan bahawa hanya akan menggunakan vaksin jenis itu dalam program pemberian vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun berikutan pembukaan semula sesi persekolahan pada 3 Oktober depan.

Tambah Adham, ketiga-tiga vaksin yang awal diluluskan oleh NPRA iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZaneca adalah selamat digunakan dan tidak memberikan kesan sampingan yang teruk.

Malah katanya, vaksin Sinovac mampu mencegah penerimanya mengalami kesan jangkitan akibat jangkitan COVID-19 yang teruk sebanyak 100 peratus daripada memasuki tahap lima, manakala Pfizer lebih 90 peratus, sekali gus melindungi penerima daripada mengalami kesan sampingan teruk jika terkena jangkitan Covid-19. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI