fbpx

Enam ‘budak’ bantu Man. City menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PALMER (kiri) meledak satu gol ketika membantu City meraih kemenangan 6-1 ke atas Wycombe sekali gus mara ke pusingan keempat EFL. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya pasukannya memiliki ‘kilang’ akademi terbaik di England selepas memberi peluang buat enam pemain remaja mela­kukan debut pertama ketika menang 6-1 ke atas Wycombe Wanderers pada aksi Piala Liga Enlan (EPL) awal pagi semalam.

City merupakan juara EFL empat kali berturut-turut tidak mempunyai masalah untuk meraih kemenangan hasil jaringan Kevin De Bruyne, Riyad Mahrez (dua gol), Phil Foden, Ferran Torres dan Cole Palmer pada aksi di Etihad itu.

Lebih menarik, Guardiola memberi peluang buat enam pemain melakukan debut seperti CJ Egan-Riley, Josh Wilson-Esbrand, Fin Burns, Romeo Lavia, Luke Mbete dan James McAtee untuk turun beraksi di peringkat senior buat pertama kali.

Kata Guardiola, semua pemain terbabit memiliki masa depan yang cukup cerah dalam bola sepak dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

“Saya gembira dengan apa yang dipamerkan oleh enam pemain remaja yang diberikan peluang untuk tampil buat pertama kali pada aksi ini kerana mereka mempamerkan kualiti seperti yang diharapkan. Ini adalah petanda akademi kami berada di landasan yang tepat,” katanya.

Mengulas lanjut, Guardiola turut mengesahkan Foden kini sudah cergas sepenuhnya untuk diletakkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan seperti Liga Perdana Inggeris (EPL) atau Liga Juara-Juara.

“Foden telah beraksi dengan baik pada aksi kali ini dan berjaya menjaringkan gol meskipun diketepikan hampir dua bulan ekoran kecederaan. Saya tidak terkejut apabila dia tidak menunggu lama untuk mendapatkan rentak dan kembali berada ke prestasi terbaiknya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI