fbpx

Elak turun ke laut jika cuaca tidak baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LUMUT – Komuniti maritim khususnya nelayan di negeri ini dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan cuaca semasa ketika fasa peralihan monsun sekarang.

Mereka perlu mendapatkan maklumat keadaan cuaca dan laut daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) terlebih dahulu sebelum turun ke laut.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya tidak boleh melarang sekiranya nelayan memilih ke laut walaupun dalam keadaan cuaca tidak menentu.

“Kami tiada kuasa untuk melarang komuniti maritim ke laut tetapi menasihati agar sentiasa memeriksa ramalan cuaca, dan mengambil langkah keselamatan.

“Jika ada amaran ribut daripada MetMalaysia, nelayan atau pemancing dinasihatkan tidak turun ke laut demi keselamatan mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI