fbpx

Doktor jahit buah zakar monyet pada manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaedah Varonoff dikatakan berkesan dalam meningkatkan rangsangan seksual dan menjadikan mereka awet muda. - Getty Images

PARIS – Seorang doktor kontroversi pada abad ke-20 menganggap bahawa menjahit kemaluan monyet pada badan manusia meningkatkan nafsu seksual, menyembuhkan sembelit dan menghalang kebotakan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Serge Voronoff mengaut kekayaan dengan mengenakan caj kepada pelanggannya bagi menjalani prosedur mengerikan itu.

Namun, trend tersebut dikatakan tidak bertahan lama.

Voronoff yang merupakan lelaki Perancis kelahiran Rusia, melakukan  prosedur tersebut pada awal abad ke-20 dan dikenali sebagai ‘pakar kelenjar monyet’ kerana penyelidikannya terhadap buah zakar monyet.

Dalam satu temu bual akhbar pada awal 1920-an, Voronoff mendakwa manusia boleh hidup sehingga 140 tahun sekiranya tubuh mereka dimasukkan buah zakar monyet.

“Seorang lelaki berusia 85 tahun mendapati paru-parunya menjadi kuat dan dia boleh berjalan dengan baik.

“Lelaki botak pula teruja apabila mendapati rambut baharu mula tumbuh di kepala mereka,” katanya.

Dia turut mendakwa bahawa monyet yang diambil buah zakarnya itu akan tinggal di zoo dan tidak berdepan masalah akibat kehilangan buah zakar.

Pada 1915, Voronoff menjalankan pembedahan pertama membabitkan pemindahan buah zakar monyet kepada manusia.

Dia menjahitnya pada kelenjar tiroid seorang lelaki muda yang lembam dan mendakwa selepas 12 bulan, lelaki itu semakin mudah belajar dan dia menjadi normal.

Pada pertengahan 1920-an, dia dikatakan telah menjalankan lebih 300 pembedahan buah zakar dan turut memindahkan ovari monyet ke dalam tubuh wanita dan mendakwa ia menjadikan ‘nenek kelihatan lebih muda dan bergaya’.

Permintaan bagi pembedahan tersebut amat tinggi sehingga pemburu berdepan cabaran untuk menangkap monyet di Afrika untuk dihantar ke Perancis atas tujuan ‘kejam’ itu.

Voronoff bagaimanapun menggunakan kekayaannya untuk membeli sebuah istana di Itali dan membiakkan monyetnya di situ.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI