fbpx

Ambil kesempatan bercuti, jumpa keluarga di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang feri bagi perjalanan pertama ke Pulau Langkawi dari Terminal Feri Kuala Kedah, hari ini.

ALOR SETAR – Lebih 200 penumpang menaiki feri bagi perjalanan pertama ke Pulau Langkawi dari Terminal Feri Kuala Kedah yang mula beroperasi hari ini.

Terminal tersebut sebelum ini ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim Kuala Kedah pada 6 September hingga 19 September lalu.

Rata-rata penumpang yang ditemui memberitahu mereka mengambil kesempatan bercuti dan berjumpa saudara sempena projek rintis gelembung pelancongan Langkawi sejak 16 September lalu.

Menurut Mohd. Asyraf Ismail, 27, dia dan isteri, Maisarah Jamaluddin, 27, baru sahaja mendirikan rumah tangga dan membuat keputusan berbulan madu di pulau itu selama tiga hari dua malam.

“Sebelum buat tempahan, kami mengikuti berita tentang perkembangan di sana dan yakin keadaan selamat apabila melihat pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya ketika ditemui di Terminal Feri Kuala Kedah di sini hari ini.

Katanya, dia dan isteri tiba di terminal feri itu seawal pukul 12 tengah hari untuk melakukan ujian saringan Covid-19 dan bersyukur keputusan mereka negatif.

Seorang lagi penumpang, Nur Zahida Salleh, 39, berkata, dia mengambil kesempatan bercuti ke Langkawi bersama keluarga serta melawat saudaranya di sana. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI