fbpx

Aksi Minamino tambat hati Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINAMINO (tengah) berjaya meledak dua gol ketika membantu Liverpool menewaskan Norwich pada pusingan ketika EFL awal pagi semalam. – AFP

NORWICH – Masa depan penyerang Liverpool, Takumi Minamino masih cerah bersama pasukan itu ketika membantu The Reds menewaskan Norwich City 3-0 pada pusingan ketiga Pia­la Liga Inggeris (EFL) di Carrow Road awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Minamino menampilkan penyudah yang cukup berbisa apabila menja­ringkan dua gol sementara satu gol lagi dijaringkan pemain antarabangsa Belgium, Divock Origi.

Sebelum ini, Minamino jarang diturunkan oleh pengurus, Jurgen Klopp selepas dia mengalami kecederaan betis, sekali gus menyebabkan pemain antarabangsa Jepun itu diketepikan buat seketika.

“Setiap pemain bola sepak pasti mahu mendapatkan lebih minit permainan. Dia bermain bersama pasukan negaranya se­belum ini dan tercedera, jadi dia bukanlah diketepikan untuk tempoh yang lama.

“Walaupun dia baru sahaja pulih daripada kecederaan, namun Minamino bermain sangat baik dan berhak untuk menja­ringkan dua gol pada perlawanan hari ini (semalam),” kata Klopp.

Pada masa sama, bekas pe­ngendali Borussia Dortmund itu gembira dengan aksi keseluruhan yang ditampilkan barisan pemainnya biarpun tidak memiliki banyak masa untuk melakukan persiapan.

“Kami bermula sangat baik dan bermain cukup agresif walaupun melakukan persiapan dengan masa yang agak suntuk. Selepas gol kedua dan ketiga, kami berjaya mengawal permainan sehingga ta­mat perlawanan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI