fbpx

12 banduan meninggal dunia akibat Covid-19 mempunyai penyakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab Basir (dua dari kiri) diiringi Abu Hasan Hussain (kiri) bertanyakan sesuatu kepada banduan ketika melakukan pemantauan di Penjara Bentong, semalam.

BENTONG – Sebanyak 12 kematian melibatkan banduan yang dijangkiti Covid-19 direkodkan di dua buah penjara di Pahang setakat ini.

Pengarah Penjara Pahang, Datuk Ab. Basir Mohamad berkata, daripada jumlah itu sebanyak lapan kematian melibatkan banduan di Penjara Bentong di sini manakala empat kematian lagi daripada banduan Penjara Penor di Kuantan.

“Kes kematian banduan yang dirawat di hospital berkenaan melibatkan banduan dijangkiti Covid-19 yang mempunyai penyakit-penyakit lain seperti sakit buah pinggang dan asma.

“Kita sentiasa mengambil berat keadaan penghuni penjara yang mana pemantauan dilakukan setiap hari bagi melihat keadaan kesihatan setiap individu dan melakukan pengesanan awal tahap kesihatan,” katanya selepas meninjau program suntikan vaksin di Penjara Bentong di sini semalam.

Yang hadir sama Pengarah Penjara Bentong, Datuk Abu Hasan Hussain dan Pegawai Kesihatan Program Vaksinasi Penjara Bentong, Dr. Aishah Jamilah Mohd. Salleh.

Menurutnya, sejak Disember lalu seramai 1,130 banduan di Penjara Bentong direkodkan positif Covid-19 manakala seramai 268 banduan di Penjara Penor di Kuantan dijangkiti Covid-19 sejak 1 Ogos lalu.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak penjara sentiasa mengambil berat aspek kesihatan apabila melakukan pemeriksaan suhu dan paras oksigen ke atas semua banduan pada setiap hari.

Katanya, data kesihatan berkenaan akan direkodkan dan individu yang merekodkan suhu yang tinggi atau paras oksigen yang tidak normal akan terus dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI