fbpx

5 rumah sewa musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang memadamkan kebakaran di rumah berkenaan di Kampung Tenggayun, Rimba Terjun, dekat sini hari ini.

PONTIAN – Lima daripada 10 buah rumah sewa hangus terbakar dalam kejadian di Jalan Kampung Tenggayun, Rimba Terjun, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.35 pagi itu menyebabkan kira-kira 20 mangsa termasuk tiga warga asing hilang tempat tinggal.

Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Agama Kampung Tenggayun di sini dengan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi lain.

Seorang mangsa kebakaran, Siti Rahila Mat Hazali, 30, berkata, ketika kejadian dia baru hendak keluar pergi kerja di kawasan Perindustrian Pontian.

“Sebaik nampak asap tebal, saya segera kejutkan suami serta dua orang anak yang sedang tidur dan kami keluar dari rumah dengan segera kerana api marak dengan begitu cepat.

“Syukur suami saya Rozman Shah Sabaran, 34, dan dua anak, seorang lelaki dan perempuan selamat dalam kejadian tersebut yang berlaku secara tiba-tiba tanya dapat menyelamat barangan yang lain,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementera itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.41 pagi sebelum tujuh anggota dikejarkan ke lokasi.

Katanya, punca kebakaran dikatakan bermula di rumah nombor tujuh sebelum merebak ke rumah lain. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI