fbpx

Umur 40, guna Nokia pun Indra tetap kacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INDRA L. BRUGGMAN

PERKONGSIAN foto terbaharu oleh aktor senior Indra L. Bruggman dalam Instagramnya ternyata mengujakan peminat.

Indra dikatakan masih tampan sama seperti zaman mudanya.

Pelakon berusia 40 tahun itu juga dikesan tidak menggunakan sebarang sebarang penapis (filter) sekali gus mempamerkan sisi wajahnya yang asli.

Dalam hantaran sama, pelakon yang pernah membintangi sinetron berjudul Jinny Oh Jinny, itu memuat naik empat keping foto dengan gaya berbeza.

“Salam dari zaman tanpa ‘filter’ dan menggunakan telefon bimbit Nokia,” tulisnya.

Ternyata ramai yang terpesona dan terpegun dengan ketampanan Indra. Dia dipuji hebat menjaga penampilan sehingga kekal awet muda.

“Dari dahulu sehingga kini masih kekal tampan.

“Saya jadi cemburu,” kata salah seorang pengikutnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI