fbpx

Tunggu dulu, jangan kelam kabut terjah PPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan menasihatkan ibu bapa atau penjaga murid agar tidak panik menyerbu Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kerana bimbang tidak mendapat janji temu.

Demikian saranan Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali yang merujuk beberapa insiden PPV tertentu dibanjiri golongan itu yang risau anak tidak dapat ke sekolah.

“Usah risau, tidak payah panik atau gelisah ‘terjah’ PPV, negara kita ada bekalan vaksin yang amat cukup untuk semua penduduk,” katanya dalam sidang akhbar di kementerian itu hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja dilancarkan secara rasmi di sini Isnin lalu dengan seramai 3.2 juta remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun bakal divaksin di negara ini dengan menyasarkan 80 peratus daripada mereka lengkap dos pada akhir Disember kelak.

Mengulas lanjut, Noor Azmi yang juga Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Remaja (CITF-A) berkata, kerajaan ketika ini telah bergerak pantas mempercepatkan kadar vaksinasi.

“PICK Remaja baru sahaja mula dua hari lalu tetapi hari ini kita sudah cecah lebih setengah juta penerima dan saya yakin, tiada sesiapa tercicir kecuali dia itu memang antivaksin,” katanya.

Justeru, beliau memberi jaminan supaya ibu bapa atau penjaga yang belum mendapat jadual janji temu dan tempat PPV agar bersabar kerana isu itu sedang diselaras oleh pihak CITF-A. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI