PARA peneliti mengingatkan ular tedung selar kerap muncul dan bersarang di sekitar kawasan rumah ketika musim hujan.
Ahli Hepertologi di Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) Amir Hamidy berkata, dengan sekali bertelur kebanyakan ular tedung selar mampu menetaskan sehingga 20 ekor anak.
Ujarnya, ular tersebut bertelur di lubang atau tempat lembab dan tersembunyi dari pandangan manusia.
“Ular jenis ini suka membuat sarang untuk bertelur di tempat basah dan lembab. Telurnya mengambil masa tiga bulan untuk menetas,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Yayasan Sioux Ular Indonesia, Aji Rachmat berkata, induk ular tedung selar bertelur di sekitar kawasan dihuni manusia sekitar Ogos hingga September setelah musim mengawan.
“Ular adalah binatang liar yang habitatnya dekat dengan manusia kerana ia mendapat makanan di persekitaran berkenaan,” jelasnya.
Aji menambah, ular adalah haiwan yang dapat beradaptasi dengan cepat di lingkungan baharu termasuk di kawasan pembangunan yang asalnya menjadi habitatnya.
Walaupun habitatnya diganggu untuk pembangunan, ia masih mampu bertahan hidup di kawasan itu.