fbpx

Syarikat didenda RM30,000 gagal beri latihan kepada pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua wakil syarikat itu (berbaju hijau) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

KAJANG – Gara-gara gagal memberikan latihan  untuk pekerjanya sehingga menyebabkan kematian ketika berkerja, sebuah syarikat pembuatan acuan plastik didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Hakim Effandi Nazila Abdullah menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Ryoka (Malaysia) Sdn. Bhd. selepas wakil syarikat itu S.Letchumi Kaanthan yang merupakan Pengurus Sumber Manusia selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Sekiranya OKS syarikat itu gagal membayar jumlah denda tersebut wakil syarikat itu boleh dipenjara selama enam bulan dan syarikat itu membayar jumlah denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa sebagai majikan telah gagal memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja bagi pekerjanya iaitu Azman Abdullah, 29, dengan gagal mengadakan latihan bagi kerja-kerja di Proses Injection Moulding (acuan suntikan) sehingga menyebabkan kemalangan maut.

Kesalahan itu dilakukan di syarikat tersebut yang beralamat di Lot 9, Jalan P/1, Bangi Industrial Estate Seksyen 13, Bandar Baru Bangi di sini pukul 11.45 pagi pada 5 November 2019.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(2)(c) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 19 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu peguam R.Maran yang mewakili syarikat itu dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan syarikat tersebut mengaku bersalah dengan pertuduhan tersebut.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Selangor (JKKP Selangor) Idris Abdul Rahman memohon hukuman setimpal dengan dengan berhujah kejadian melibatkan keselamatan pekerja.K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI