fbpx

Sultan Selangor terus dukacita, teliti nama enggan divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi menzahirkan rasa dukacita dan kecewa apabila dimaklumkan hanya 203 daripada 873 individu menghadiri program vaksinasi khas Covid-19 anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini.

Baginda bertitah, lebih mendukacitakan apabila daripada 203 orang yang hadir didapati 96 daripada mereka menolak untuk divaksin.

“Apa yang berlaku amat mengecewakan kerana kedegilan individu tertentu ini hanya menyusahkan urusan rakyat jelata terutama murid yang akan meneruskan pembelajaran KAFA.

“Beta akan meneliti nama-nama guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), ahli jawatankuasa masjid dan jurunikah yang memutuskan untuk tidak divaksin sebelum tindakan ke atas mereka ditentukan kelak,” titahnya menerusi laman Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Sultan Sharafuddin menegaskan pelbagai inisiatif sudah dilakukan dengan kerjasama JAIS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) demi memastikan kesejahteraan umat Islam di negeri ini.

“Ini termasuk memperluas dan mempermudah pemberian suntikan vaksin kepada petugas masjid dan pejabat agama.

“Ia bertujuan membolehkan umat Islam kembali menunaikan ibadah dan melakukan aktiviti keagamaan seperti biasa,” titah baginda. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI