fbpx

Solskjaer mahu fokus perkukuh benteng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (tengah) dan Maguire serta Varane mungkin akan direhatkan pada aksi menentang West Ham kali ini. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer percaya pasukannya perlu memperbaiki aspek pertahanan berdasarkan kemenangan dra­matik 2-1 ke atas West Ham Uni­ted sewaktu aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad lalu.

The Red Devils bangkit memenangi aksi itu dengan dua gol selepas ketinggalan kepada West Ham selain terpaksa mengharap­kan ketangkasan penjaga gol, David De Gea menafikan sepakan penalti pasukan lawan pada lewat permainan.

Justeru, Solskjaer, 48, menggesa barisan pemainnya agar memperlihatkan kemajuan pada bahagian pertahanan apabila sekali lagi berdepan West Ham pada pusingan ketiga Piala Liga England di Old Trafford awal pagi esok.

“Kami perlu tingkatkan bahagian pertahanan. Pihak lawan terlalu mudah menembusi kami terutama dalam separuh masa pertama menentang West Ham.

“Saya sudah berulang kali memberitahu mengenai perkara ini. Anda tidak boleh sesekali leka ketika bertahan kerana pihak lawan mampu mengambil kesempatan terhadap situasi itu.

“Kami memberikan banyak ruang kepada West Ham ketika mereka menjaringkan gol. Kami lambat untuk melakukan tekanan dan akhirnya kami dihukum, jadi saya tidak mahu melihat perkara sama berulang,” katanya.

Bagaimanapun, Solskjaer dijangka membuat rombakan dalam kesebelasan utamanya dengan nama-nama seperti Harry Maguire, Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo hampir pasti direhatkan untuk aksi kedua bertemu The Hammers.

Sebaliknya, pengendali dari Norway itu sedia memberikan peluang kepada Jesse Lingard selepas pemain sayap England tersebut beraksi cemerlang meledak gol kemenangan United ke atas West Ham pada Ahad lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI