PUTRAJAYA – Selangor kembali menjadi negeri terbanyak mencatatkan kes jangkitan Covid-19 mengatasi Sarawak apabila seramai 2,414 individu positif wabak tersebut hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 14,990 kes yang direkodkan hari ini.
“Sarawak pula mencatatkan 1,712 kes diikuti Johor (1,880 kes), Kelantan (1,573 kes), Perak (1,490 kes), Pulau Pinang (1,224 kes), Sabah (1,199 kes), Kedah (1,007 kes).
“Seterusnya, Terengganu (852 kes), Pahang (688 kes), Kuala Lumpur (338 kes), Melaka (313 kes) dan Negeri Sembilan (170 kes),” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Noor Hisham berkata, Perlis mencatatkan 97 kes sementara Putrajaya mempunyai 30 kes, manakala Labuan merekodkan kes terendah iaitu hanya tiga kes.
Jumlah jangkitan wabak berkenaan itu sekali gus menjadikan bilangan kes positif Covid-19 di negara ini sebanyak 2,142,924 kes. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929