fbpx

Remaja dikhuatiri lemas ketika mandi bersama rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dipercayai lemas di kawasan air berpusar ini sebelum dibawa arus.

HULU SELANGOR – Kegembiraan enam sahabat mandi di Sungai Batang Kali hari ini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dilaporkan lemas dan gagal dikesan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pukul 4.31 petang.

“Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi pukul 5.08 petang, didapati seorang remaja bernama Sunny Dell Ashraff Sa’ari berusia 23 tahun lemas ketika mandi di sungai berkenaan bersama lima rakannya,” ujarnya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, gerakan mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan petugas di lokasi.

Katanya, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dalam perjalanan ke lokasi untuk melakukan kerja mencari mangsa. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI