fbpx

Pusat Hemodialisis Wakaf Perak dibuka November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan Pusat Hemodialisis Wakaf yang sudah siap dibina di Kampung Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung, dijangka dibuka November ini.

LUMUT – Pusat Hemodialisis Wakaf di Seri Manjung di sini yang pertama kali dibina hasil sumbangan wakaf orang ramai di Perak dijangka mula beroperasi November ini.

Premis bernilai RM2.9 juta itu yang boleh menempatkan 24 unit mesin dialisis akan memberi manfaat kepada pesakit buah pinggang khususnya asnaf di daerah Manjung.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Shahrul Azam Shaari, berkata, buat permulaan 12 mesin dialisis ditempatkan bagi menampung sehingga 36 pesakit sehari.

Menurut beliau, selain golongan asnaf yang dibiayai di bawah dana zakat MAIPk, premis ini juga terbuka kepada pesakit buah pinggang lain seperti penjawat awam.

“Begitu juga kepada pesakit kakitangan swasta menerusi dana Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta mereka yang membiayai sendiri rawatan.

“Ini bermakna pusat hemodialisis ini bukan hanya memberi manfaat kepada golongan asnaf dan orang Islam sahaja tetapi juga kepada semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama,” katanya kepada pemberita hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI