fbpx

Pulau Tioman, Bukit Fraser lebih menarik di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Selepas Projek Rintis Gelembung Pelancongan Pulau Langkawi pada 16 September lalu, negeri Pahang tidak kurang juga mempunya kawasan pelancongan yang menarik minat pelancongan setempat.

Negeri ini turut terkenal de­ngan Janda Baik, Pulau Tioman, Taman Negara, Genting Highlands, Cameron Highlands, Bukit Fraser juga ada pantai yang indah membuatkan rakyat negeri ini tidak menghadapi masalah membuat pilihan melancong bersama keluarga.

Sabri Abdullah, 53, yang ber­asal dari Jerantut berkata, dia dan keluarga tidak melepaskan peluang untuk beriadah bersama keluarga susulan kebenaran ren­tas daerah dan pembukaan pusat pelancongan.

“Walaupun Pulau Langkawi dibuka tetapi kami sekeluarga lebih memilih melancong dalam negeri kerana di Pahang semua ada, banyak tempat pelancongan yang menarik.

“Saya dan keluarga memilih Janda Baik kerana lebih mudah diakses dan santai untuk bercuti bersama keluarga dan dapat menikmati keindahan alam termasuklah aliran sungai yang jernih,”katanya di sini semalam.

Sabri berkata, dia bersama isteri dan dua anaknya menginap di PapaMama Chalet di Janda Baik dan menghabiskan masa berkelah di tepi sungai yang mengalir jernih.

Katanya, dalam perjalanan pulang dia turut singgah menikmati keindahan alam di beberapa tempat seperti di Tanah Aina di Bentong.

Dalam pada itu, seorang penduduk Azizah Shafie, 44, berkata, dalam suasana pandemik Covid-19 yang masih belum reda dia dan keluarga memilih lokasi pelancongan dalam negeri yang kurang sesak.

“Buat apa hendak pergi sampai Langkawi, banyak kos lagi sedangkan banyak lagi tempat yang menarik di Pahang, ada pantai, air terjun, taman negara dan sebagainya dan saya telah membawa anak-anak ke Pantai Chempaka dan Cherating.

“Bawa keluarga dalam negeri lagi jimat belanja, tidak perlu keluar belanja besar sampai negeri lain,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengusaha Resort Janda Baik, Nurul Aswad Akib berkata, semua penggiat pelancongan sedikit lega pelancongan dalam negeri mula dibuka semula dan tidak lagi lesu dari sebelum ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI