IPOH – Pulau Pangkor masih perlu melengkapkan beberapa kriteria untuk disenaraikan dalam destinasi baharu bagi projek gelembung pelancongan negara.
Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, bagaimanapun pulau peranginan itu dalam senarai destinasi gelembung pelancongan.
Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menaikkan Pulau Pangkor pada gelembung pelancongan domestik.
“Antara syarat-syaratnya adalah kesediaan pengusaha-pengusaha di Pulau Pangkor dan dari segi vaksinasi.
“Kita juga mesti membuat persediaan di pintu masuk bagi mengelakkan masalah kesesakan begitu juga untuk saringan Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Menurut beliau, kerjasama sedang dijalankan dengan MOTAC untuk memastikan syarat-syarat itu dipenuhi secepat mungkin supaya mendapat kelulusan kabinet dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929