fbpx

Projek klinik bikin penduduk resah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASWAN (kiri) dan Omar menunjuk jalan yang digunakan oleh lori hingga menjejaskan keselamatan penduduk di Taman Keriang Pantai, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Penduduk Taman Keriang Pantai di sini memohon pihak berkuasa tempatan membina jalan alternatif khusus bagi kenderaan berat keluar masuk ke tapak projek klinik kesihatan dan kuarters di Langgar dekat sini.

Pengerusi Badan Bertindak Taman Keriang Pantai, Aswan Abdullah berkata, pembinaan projek tersebut yang mengambil tempoh selama dua tahun di­jangka mengganggu penduduk di situ termasuk empat perumahan di sekitarnya yang didiami kira-kira 300 keluarga.

Menurutnya, jalan utama di situ telah dijadikan laluan keluar masuk oleh lori-lori ke tapak projek berkenaan sejak bulan lalu.

“Penggunaan jalan perumahan ini menyebabkan laluan jadi kotor dan mungkin boleh mero­sakkan permukaan jalan sehingga menimbulkan masalah kepada penduduk.

“Kami berharap cadangan agar kontraktor menggunakan laluan alternatif dapat dipertimbangkan semasa sesi penera­ngan melibatkan penduduk dan pihak terlibat kelak,” katanya di sini semalam.

Tambahnya, antara taman yang terlibat termasuk Taman Keriang Pantai, Taman Sri Kota, Taman Malinja, Taman Malinja Fasa 2 dan Taman Malinja Fasa 3.

Menurut Aswan, mereka tidak menolak pembangunan tetapi kebajikan dan ketenteraman mereka juga perlu diutamakan sepanjang projek pembinaan klinik kesihatan dan kuarters itu dijalankan.

Seorang lagi penduduk Taman Keriang Pantai, Omar Ismail, 66, berkata, laluan alternatif yang dicadangkan itu mampu me­ngurangkan kesesakan di jalan taman dan juga jalan utama terutamanya ketika waktu puncak.

“Sekarang ini sekolah yang ada dekat sini tidak dibuka sebab pandemik Covid-19, namun jika dibuka selepas ini pasti akan berlaku kesesakan,” katanya.

Penduduk dari Taman Sri Kota, Abdullah Arshad, 64, pula berharap agar banjir kilat tidak berlaku kerana pembinaan projek tersebut bagi mengelakkan penduduk menanggung kerugian.

“Sebelum ini, kawasan Taman Sri Kota sering dilanda banjir kilat apabila berlaku hujan lebat selama sejam disebabkan masalah perparitan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Pinang, Mohd. Firdaus Salleh berkata, sesi penerangan telah diadakan oleh pihak berwajib bersama wakil setempat bagi mende­ngar masalah yang dihadapi.

“Antara kebimbangan yang dibangkitkan selain jalan taman akan rosak adalah bunyi bising, keselamatan penduduk dan tekanan air akan menjadi rendah selepas projek berjalan.

“Laluan alternatif sedang diusahakan pihak berwajib, harap penduduk boleh bersabar,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI