fbpx

Polis peronda didakwa terima suapan kes ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (dua dari kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas didakwa menerima suapan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan bagi membebeaskan suspek kes ketum pada Disember tahun lalu.

Tertuduh, Mohamed Syaffiq Mohammed Sidek, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd. Zain.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 Disember 2020 antara pukul 1 petang hingga 2 petang di Balai Polis Kuantan.

Dia didakwa menerima RM700 daripada seorang lelaki bagi melepaskan seorang suspek yang terbabit dalam kes memiliki air ketum.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Siti Sarah Zainal Abiddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh yang kini digantung kerja merayu agar mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin yang rendah memandangkan dia perlu menanggung isteri dan dua anak berusia tiga dan tujuh tahun serta menjaga ibunya yang uzur.

Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah menetapkan RM10,000 bagi ikat jamin tetapi Hakim membenarkan rayuan tertuduh dan menetapkan kadar ikat jamin RM7,000.

Mahkamah menetapkan 25 Oktober ini bagi sebutan semula kes dan tertuduh membayar jaminan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI