fbpx

Polis bimbang kes pinjaman ah long meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menjangkakan kes melibatkan sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ah long meningkat di negeri ini sekiranya orang ramai tidak berhati-hati dengan tawaran sindiket tersebut.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, sebanyak 87 kes membabitkan aktiviti pinjaman wang daripada ceti haram dengan kerugian lebih RM800,000 dilaporkan sejak Januari hingga bulan ini.

“Pihak polis bimbang sekiranya kita tidak ingatkan orang ramai, kes melibatkan pinjaman ah long ini akan meningkat.

“Pada tahun lepas, sebanyak 91 kertas siasatan dibuka manakala dalam tempoh hingga September tahun ini terdapat 87 kertas siasatan (disiasat),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI