fbpx

Pesara pegawai polis direman, minta suapan bulanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diiringi pegawai SPRM di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka hari ini.

MELAKA – Seorang pesara polis berpangkat Asisten Superintendan direman tiga hari bermula hari ini selepas dipercayai terlibat dalam kes meminta serta menerima suapan bulanan mencecah RM2,200, dua tahun lalu.

Perintah reman sehingga 24 September itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Muhammad Nazrin Ali Rahim terhadap suspek yang berusia 60 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21(C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh kira-kira pukul 8.40 pagi dan proses permohonan reman selesai sejam kemudian.

Jurucakap SPRM berkata, suspek ditahan di pejabat SPRM Melaka ketika hadir memberi keterangan pada pukul 8.05 malam tadi.

Katanya, suspek yang ketika kejadian bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka disyaki terlibat dalam kes meminta dan menerima wang rasuah sebanyak RM1,500 hingga RM2,200 sebulan daripada sebuah syarikat keselamatan.

Wang tersebut sebagai balasan membantu syarikat Rapid Security Sdn. Bhd. mendapatkan kerja kawalan keselamatan daripada syarikat PB Realty (M) Sdn. Bhd. sejak November 2019 sehingga Mac lalu.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana yang lebih tinggi.

Sementara itu, Pengrah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan reman tersebut.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI